Friday, May 15, 2009

Thursday, May 14, 2009

awal pendidikan...


Didiklah anak kamu seawal usianya...Ini bermakna pendidikan seharusnya menjadi keutamaan setelah lahirnya kita di muka bumi. Pendidikan dapat dilihat dari dua perspektif iaitu pendidikan untuk dunia dan pendidikan untuk hari kelak (akhirat). Justeru, dahagakan ilmu menjadi suatu cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi setiap insan. Tidak rugi menuntut ilmu tetapi amatlah rugi jika tidak berilmu. Ketika pelbagai masalah yang terjadi saban hari, mungkin banyak jari-jemari yang saling menuding entah kemana halanya. Sebagai contoh, peningkatan kes buang anak, kahwin lari dan lain-lain semuanya terus diperbualkan dan dijadikan sebab untuk menyalahkan mana-mana pihak. Apakah kesannya apabila banyak pihak yang menjadi mangsa tuduhan? Apakah bukti dan motif tuduhan tersebut? Penulisan ini bukanlah untuk menyalahkan siapa-siapa tetapi hanyalah untuk berkongsi pandangan dari benak fikiran penulis sendiri. Jika dinilai dari aspek pendidikan dunia, sememangnya manusia kini semakin hebat dan bijak belaka. Buktinya adalah kemajuan dan teknologi yang terkini yang jauh berbeza daripada tahun sebelumnya bahkan semalam. Di sebalik itulah wujudnya masyarakat yang "kebodohan" nya semakin meningkat iaitu dalam perspektif pendidikan kelak. Jika kita lihat pada hari ini, berapa banyak masyarakat yang berpendidikan tinggi, berijazah, dan lain-lain terlibat dalam jenayah dan sebagainya. Apakah ini boleh dikatakan sebagai orang yang bodoh? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berijazah, setakat SPM dan lain-lain tetapi turut terlibat dalam gejala negatif? Apakah mereka tidak bodoh? Sudah semestinya mereka bodoh bahkan lebih bodoh. Oleh itu, kedua-dua golongan ini tidaklah dapat diertikan sebagai orang yang bijak laksana tetapi jahil entah kemana. Bagaimana pula dengan mereka yang dikatakan sebagai bijak laksana? Jawapannya ada dalam fikiran kita. Kesimpulannya, janganlah kita hendak menuding jari telunjuk kita kepada orang lain kerana ada empat lagi jari menunjuk ke arah diri sendiri. Memang benar setiap manusia pernah melakukan kesilapan tetapi mahukah kita terus melakukan kesilapan lagi?Tuhan telah menyediakan laut dan daratan yang luas lagi terbentang untuk diterokai dengan tujuan menuntut ilmu dari Nya. Janganlah pula ilmu yang dituntut untuk kesenangan dunia semata-mata dengan melupakan pendidikan untuk hari kelak. JIKA TIDAK???